Jumat, 12 Oktober 2012

Pahala Khatam Al Quran

PahaLa kHatAm aL-quRan

bismi.gif
Sedari kecil kita diajar atau pun dihantar untuk belajar mengaji al-quran. Bagi seorang muslim kita sangat ditekankan untuk mempelajari dan mendalami ilmu al-quran. Mungkin ibu bapa kita mengetahui akan hakikat itu ataupun mungkin ada yang merasakan ia suatu tradisi bagi orang melayu untuk menghantar anak mereka mengaji al-quran.Paling tidak pun anak-anak mereka kenal huruf-huruf hija’iyah. Sebenarnya al-quran itulah islam. Setiap yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan akhirat terkandung di dalamnya. Oleh itu agama islam adalah bergantung sepenuhnya kepada pengekalan dan penyebaran al-quran. Rasulullah s.a.w sendiri mengingatkan umatnya agar berpegang kepada al-quran.

Sebagaimana sabdanya; “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”
(Riwayat Bukhari)
Diceritakan pada suatu malam seorang alim telah bermimpi. Dalam mimpinya itu dia melihat ahli-ahli kubur sedang keluar dari kubur masing-masing. Mereka begitu sibuk mengutip sesuatu. Tetapi tidak diketahui apa yang dikutip mereka.
Tiba-tiba dia terlihat seorang ahli kubur yang sedang duduk diam tanpa ikut mengutip seperti ahli kubur yang lain. Lalu iapun mendekati ahli kubur ini untuk bertanya.
“Apakah yang mereka kutip itu?”
“o…mereka sedang mengutip pahala yang dihadiahkan oleh ahli keluarga mereka di dunia yang terdiri dari pahala bacaan al-quran, sedekah dan doa.”
“Mengapa engkau seorang tidak ikut mengutip bersama mereka?”
“Aku kaya. Tidak perlu berbuat seperti mereka.”
“Kaya dengan apa?”
Dengan Khataman al-quran setiap hari yang dibaca oleh anakku dan kemudian pahalanya dihadiahkan kepadaku.”
“Dimana anakmu itu?”
“Dia berniaga sirap di sebuah pasar A.”(A merujuk kepada nama sebuah tempat)
Sebaik sahaja terjaga dari tidurnya lelaki alim itu mengingati mimpinya yang sangat menarik. Pada keesokan harinya dia pun pergi ke pasar yang dimaksudkan untuk membuktikan kebenaran mimpinya. Setelah puas mencari ke sana ke mari, beliau ternampak seorang pemuda sedang menjual air sirap. Bibir pemuda itu sentiasa bergerak-gerak tiada berhenti walaupun sedang sibuk melayan pelanggan. Apalah lagi kalau tidak berbuat sesuatu.
Orang alim yang bermimpi itupun mendekati pemuda itu untuk bertanyakan sesuatu.
“Hai pemuda, aku lihat bibirmu tiada hentinya bergerak-gerak?” tanya lelaki alim itu.
“Aku membaca al-quran sehingga khatam dan menghadiahkannya kepada ayahku yang sudah meninggal dunia.” jawabnya.
Setelah menyiasat percayalah lelaki bahawa mimpinya betul dan sesuai dengan keadaan sebenarnya.

Begitulah pentingnya membaca Al-quran. Terlalu banyak pengajaran yang boleh kita ambil berdasarkan peristiwa di atas.Semoga kita semua dapat menjadikan membaca al-quran satu amalan dalam kehidupan. Janganlah sesekali kita meninggalkan al-quran kerana Rasulullah bersabda; ” Jagalah al-quran dengan bersungguh-sungguh. Demi Zat yang yang nyawaku dalam genggamannya, al-quran lebih mudah terlepas (dari ingatan) dibanding dengan unta-unta terlepas dari ikatan mereka.” ( Hadis riwayat Bukhari & Muslim).Biarlah sesuatu yang kita lakukan itu sedikit asalkan istiqamah (berterusan). Bak kata Syeikh Al-Islam Ibnu tainiyah “Sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.”

Tidak ada komentar:

Posting Komentar